Sunday, January 23, 2011

IKHLAS HAJJ SAVING TAKAFUL


Ikhlas Haji Simpanan Takaful


PENGENALAN

IKHLAS HAJJ SAVINGS TAKAFUL adalah pelan yang dipakejkan bersama IKHLAS Savings Takaful (IST) dengan penambahan kadar sumbangan, IKHLAS Immediate Death Expense Takaful Rider (IDE) dan IKHLAS Critical Illness Takaful Rider (CI).

Pelan ini mempunyai kumpulan sasaran tersendiri. Pelan ini dipakejkan sebagai pengumpulan dana bertujuan menunaikan ibadah Haji atau tujuan murni. Perlindungan yang disediakan untuk pelan ini termasuk faedah-faedah kematian dan hilang upaya kekal menyeluruh serta faedah penyakit kritikal

APAKAH MANFAAT YANG DITAWARKAN OLEH IKHLAS HAJJ SAVINGS TAKAFUL?

1. FAEDAH KEMATIAN [Faedah Takaful ini dijamin oleh dana Tabarru']
Faedah kematian bersamaan dengan Jumlah Perlindungan campur amaun terkumpul dalam PIA akan dibayar kepada penama Peserta atau keluarga terdekat. Penama atau keluarga terdekat digalakkan untuk menggunakan sebahagian faedah kematian untuk membayar 'Badal Haji' bagi pihak Peserta.


2. FAEDAH TPD [Faedah Takaful ini dijamin oleh dana Tabarru']
Jika berlaku hilang upaya kekal menyeluruh kepada Peserta yang merangkumi terma yang terdapat di dalam Sijil, Jumlah Perlindungan campur amaun terkumpul dalam PIA akan dibayar kepada Peserta.

3. FAEDAH SEGERA KEMATIAN [Faedah Takaful ini dijamin oleh dana Tabarru']
Perbelanjaan Faedah Segera Kematian bersamaan RM2,000 akan dibayar dalam masa 24 jam (selepas penghantaran borang tuntutan, permit perkuburan atau sijil kematiankepada Syarikat) kepada penama Peserta atau keluarga terdekat.

4. FAEDAH PENYAKIT KRITIKAL PRA-BAYAR [Faedah Takaful ini dijamin oleh dana Tabarru']
RM10,000 akan dibayar apabila Peserta telah disahkan menghidapi penyakit-penyakit kritikal seperti yang telah dinyatakan di dalam kontrak Sijil. Pembayaran faedah di bawah faedah ini akan mengurangkan Jumlah Perlindungan asas.

5. FAEDAH PENAMBAHAN [Faedah Takaful ini tidak dijamin]

Penambahan adalah Sumbangan tambahan yang berfungsi sebagai akaun simpanan biasa oleh institusi kewangan. Kadar penambahan akan ditentukan pada permulaan
berdasarkan kepada jumlah jangkaan (atau kehendak) yang akan dicapai sehingga tempoh matang

6. FAEDAH TEMPOH MATANG [Faedah Takaful ini tidak dijamin]
Jumlah keseluruhan bersamaan dengan baki dalam PIA dan PRIA akan dibayar semasa tempoh matang.


Untuk Keterangan Lanjut Sila Hubungi :

ROSLI HUSSAIN

019-9618864





Wednesday, September 1, 2010

Kad Perubatan / Medical Card Takaful Ikhlas (IMAT)





Ikhlas Medic Assist Takaful dari

Takaful Ikhlas



Kad Perubatan / Medical Card

dari Takaful Ikhlas



Perlindungan Terbaik Untuk Kesihatan Anda Sekeluarga


Ikhlas Medic Assist Takaful




LINDUNGI DIRI ANDA DARI

KOS PERUBATAN

YANG MAHAL







Takaful Ikhlas Medic Assist memberi anda :


24 jam khidmat pelanggan

  1. 82 panel hospital diseluruh Malaysia, termasuk Ampang Puteri, Assunta, Gleneagles, IJN dll
  2. Melindungi anda sehingga 70 tahun untuk sakit dan kemalangan
  3. Melindungi anda di seluruh dunia
  4. Rawatan pesakit luar jika disebabkan kemalangan
  5. Rawatan sebelum dan selepas keluar hospital untuk sakit dan kemalangan
  6. Dijamin akan diperbaharui setiap tahun
  7. Tiada tempoh menunggu untuk penyakit utama
  8. Termasuk Perubatan Tradisional
  9. 60 hari 'home nursing'
  10. Tiada perkongsian bil (tiada co-payment bill)
  11. '1st party' kad


Untuk manfaat dan jadual caruman, sila lihat rajah diatas. Caruman secara tahunan sahaja.

BERMINAT SILA HUBUNGI :

MAD ROSLI BIN HUSSAIN
019-9618864

Thursday, August 26, 2010

IKHLAS Lifestyle Takaful

Pengenalan

Dugaan getir dalam kehidupan sering menggugat kesejahteraan hidup seseorang. Ini telah mendorong Takaful IKHLAS untuk mencipta satu pelan yang berupaya untuk meringankan sedikit bebanan penderitaan dan pengalaman pahit akibat daripada dugaan getir kehidupan.

IKHLAS LIFESTYLE TAKAFUL merupakan pelan perlindungan tahap perseorangan yang menyertakan keuntungan untuk diagihkan semula kepada para peserta. Pelan ini direka untuk memberi perlindungan ke atas kematian dan kehilangan upaya kekal dan menyeluruh peserta sebelum tempoh matang sijil. Tempoh Sijil adalah dari 5 hingga 42 tahun dan sumbangan perlu dibuat sehingga tempoh matang sijil. Pelan ini direka khusus untuk memberi jaminan perlindungan kepada anda dan yang tersayang di kala menghadapi saat-saat ketidaktentuan dan kegetiran kehidupan. Manfaat tempoh matang merupakan jumlah sumbangan terkumpul (bersih daripada sebarangan caj) di dalam Akaun Pelaburan Peribadi (PIA).

Apakah yang dilindungi oleh IKHLAS Lifestyle?

Manfaat Kematian dan Kehilangan Upaya Menyeluruh - Sekiranya berlaku kematian atau kehilangan upaya kekal dan menyeluruh, terhadap peserta (mana-mana yang terdahulu) di dalam tempoh sijil, Jumlah Perlindungan (SC) berserta dengan jumlah yang terkumpul di dalam Akaun Pelaburan Peribadi (PIA) akan dibayar kepada waris peserta atau keluarga terdekatnya. Sekiranya berlaku kematian kepada peserta, manfaat perbelanjaan pengkebumian akan dibayar kepada waris peserta sebanyak 10% dari Jumlah Perlindungan Sijil, tertakluk kepada jumlah maksima sebanyak RM10,000.00.

Nota : Sekiranya berlaku Kehilangan Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD), manfaat sijil akan dibayar kepada peserta.

Mengapa IKHLAS Lifestyle?

Gaya Hidup Sihat
Peserta berhak untuk membuat pemeriksaan perubatan percuma pada setiap akhir tahun ke lima (5) sijil, tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak tiga (3) kali pemeriksaan sepanjang tempoh sijil. Takaful IKHLAS akan menentukan bentuk pemeriksaan perubatan yang berhak diterima oleh peserta bersesuaian dengan keperluannya. Untuk keputusan yang positif bagi setiap pemeriksaan perubatan, peserta akan menerima jumlah perlindungan tambahan percuma sebanyak RM1,000 untuk setiap RM10,000 Jumlah Perlindungan asal. Walaubagaimana pun, sekiranya keputusan pemeriksaan adalah negatif, tiada perlindungan tambahan akan diberi.

Pengeluaran Wang Tunai
Pengeluaran boleh dilakukan daripada Akaun Pelaburan Peribadi (PIA) setelah sijil berkuatkuasa untuk tempoh minimum selama lima (5) tahun. Hanya tiga (3) pengeluaran sahaja dibenarkan dibuat sepanjang tempoh sijil, dengan jarak minimum di antara pengeluaran ialah dua (2) tahun. Yuran pengeluaran sebanyak RM15.00 akan dikenakan ke atas Akaun Pelaburan Peribadi (PIA) bagi setiap pengeluaran.

Penambahan Kadar Sumbangan
Sumbangan tambahan boleh dibuat pada hari pertama sijil berkuatkuasa. Jumlah penambahan minimum adalah sebanyak RM50.00 di mana jumlah ini akan dimasukkan sepenuhnya ke dalam Akaun Pelaburan Peribadi (PIA) peserta.

Syarat-syarat:-
Dalam Keadaan Kehilangan Upaya Kekal dan Menyeluruh terhadap peserta, manfaat yang dibayar adalah tertakluk kepada tempoh terhad selama 6 bulan, dengan syarat :-

i)
Tuntutan Kehilangan Upaya Kekal dan Menyeluruh telah disahkan
ii)
Kehilangan Upaya Kekal dan Menyeluruh adalah berdasarkan kepada definisi "sebarang pekerjaan"
iii)
Tiada tunggakan sumbangan

SYARAT DAN UMUR PENYERTAAN

Umur : 18 -55 tahun (umur pada hari jadi berikutnya, lelaki/perempuan)
Jumlah Had Perlindungan : Minimun - RM50,000 Jumlah Perlindungan
Maksimum - Tertakluk kepada keputusan penguderaitan (dalam gandaan RM10,000)
Tempoh Tamat Umur Penyertaan Bila mencapai umur 60 tahun

Lindungi Masa Depan Anda Sambil Menikmati Pulangan Lebih Baik:
Model IKHLAS kami membenarkan bahagian yang lebih besar daripada akaun peserta digunakan untuk tujuan pelaburan di mana ini membolehkan peserta menerima kadar pulangan yang lebih optima. Ia juga membenarkan peruntukan pendapatan pelaburan dan lebihan yang lebih kerap kepada akaun pelaburan. Pelaburan semula pendapatan pelaburan dan lebihan ini sesegera mungkin, menjadikan jumlah perolehan pulangan keseluruhan adalah lebih baik.

Untuk Keterangan Lanjut Sila Hubungi :-

MAD ROSLI BIN HUSSAIN
019-9618864

Wednesday, August 25, 2010

IKHLAS WANITA TAKAFUL


Pengenalan

Dengan sekian banyak cabaran yang dihadapi oleh kaum wanita di sepanjang kehidupan, maka adalah penting mereka dapat menanganinya dengan fikiran yang tenang. Kami di Takaful IKHLAS telah mereka IKHLAS Wanita Takaful sebagai penghargaan terhadap wanita hari ini yang moden dan dinamik.

Dalam kehidupan dunia hari ini yang sukar diduga, adalah penting untuk merancang masa depan agar ia lebih terjamin. IKHLAS Wanita Takaful telah dirangka buat wanita yang berumur di antara 16-50 tahun dengan 4 pelan berbeza agar dapat disesuaikan dengan keperluan hidup yang berbeza.

Jenis Pelan Had Sepanjang Hayat Kriteria

Plan A
RM50,000.00
Dengan Faedah Kehamilan*
Plan B
RM100,000.00
Dengan Faedah Kehamilan*
Plan C
RM50,000.00
Tanpa Faedah Kehamilan*
Plan D
RM100,000.00
Tanpa Faedah Kehamilan*


Apakah Manfaat Yang Ditawarkan Oleh IKHLAS Wanita Takaful?

Perlindungan terhadap Penyakit Kanser Khusus dan Penyakit Wanita yang lain
Memandangkan wanita lebih banyak menanggung komplikasi yang berbeza berbanding kaum lelaki, sebuah pakej yang menyeluruh diperlukan bagi disesuaikan dengan minat serta gaya hidup mereka. Pelan ini melindungi peserta daripada Kanser Khusus buah dada, serviks uterus, uterus, ovari, tiub fallopio, vagina dan vulva. Penyakit wanita yang lain merangkumi SLE (Systemic Lupus Erythematous) dengan Lupus Nefritis, Artritis Reumatoid (dengan komplikasi), Pembedahan Pembentukan Semula Muka (atas sebab-sebab kemalangan), Pengrafan Kulit (disebabkan lecuran & kanser kulit), Karsinoma-in-situ Wanita dan Surgeri Pembentukan Semula Buah Dada (atas sebab-sebab kemalangan).

Faedah Kematian & Hilang Upaya Kekal Menyeluruh (TPD)
Jika berlaku kematian atau TPD kepada peserta yang merangkumi terma yang terdapat dalam sijil, Jumlah Perlindungan (SC) campur amaun terkumpul dalam PIA (Akaun Pelaburan Peribadi) akan dibayar kepada peserta atau keluarga terdekat. * Jika TPD terjadi sebelum peserta mencapai umur 60 tahun, 100% daripada baki had sepanjang hayat pada waktu itu, campur amaun terkumpul dalam PIA akan dibayar kepada peserta.
*Semua faedah lain akan terhenti


Mengapa IKHLAS Wanita Takaful?

Pengeluaran Tunai
Pengeluaran sebahagian daripada tunai daripada PIA adalah dibenarkan selepas sijil berkuatkuasa untuk tempoh minimum lima (5) tahun. Pengeluaran yang seterusnya mestilah mempunyai jarak tempoh minimum dua (2) tahun antara pengeluaran. Hanya tiga (3) pengeluaran sahaja dibenarkan di sepanjang hayat sijil, di mana yuran urusniaga sebanyak RM15.00 akan dicaj daripada PIA untuk setiap urusniaga.

Penambahan Kadar Sumbangan
Sumbangan tambahan boleh dibuat pada hari yang pertama sijil berkuatkuasa. Amaun penambahan adalah tertakluk kepada minimum RM50 untuk setiap penambahan. Amaun penambahan ini akan diperuntukkan sepenuhnya ke Akaun Pelaburan Peribadi.

Faedah Hayat
Suatu peratusan daripada had sepanjang hayat awal akan dibayar kepada peserta, jika berlakunya perkahwinan, kelahiran anak, dibuang kerja serta kematian suami, tertakluk kepada jumlah dua (2) peristiwa sepanjang hayat setiap sijil.

Faedah Kehamilan*
Dengan Faedah Kehamilan, suatu peratusan daripada had sepanjang hayat (tertakluk kepada satu (1) tahun tempoh menunggu) akan dibayar jika peserta mengalami apa-apa komplikasi kehamilan dan/atau anak peserta mengalami apa-apa penyakit kongental bayi.
* dengan pelan A dan B sahaja.

Had Umur dan Penyertaan
Umur Penyertaan : 16 tahun -50 tahun, umur pada hari jadi berikutnya, wanita.
Had penyertaan : Pelan A & C – RM50,000.00 Had Sepanjang Hayat
Pelan B & D – RM100,000.00 Had Sepanjang Hayat.
Umur Tamat Tempoh Penyertaan : Apabila peserta mencapai umur 65 tahun, pada hari jadi berikut.
Syarat Perlindungan : 15 – 49 tahun.

UNTUK KETERANGAN LANJUT
SILA HUBUNGI :

MAD ROSLI BIN HUSSAIN
019-9618864

Monday, August 16, 2010

IKHLAS Savings Takaful


PELAN SIMPANAN & PERLINDUNGAN TAKAFUL IKHLAS

Langkah Bijak Anda Menabung Hari Ini di

Takaful Ikhlas Menjamin

Masa Depan Anda Sekeluarga


Apakah perancangan anda untuk jaminan diri dan keluarga tersayang?Adakah simpanan anda mencukupi jika sesuatu musibah menimpa keatas anda untuk menampung kos rawatan, sara hidup dan pendidikan anak?

Takaful Ikhlas menawarkan PELAN SIMPANAN & PERLINDUNGAN komprehensif yang berlandaskan syariah.


Tabung Kematian
Tabung Hilang Upaya Kekal / Lumpuh
Tabung Penyakit Kritikal (40 Jenis Penyakit)
Tabung Kemalangan Diri
Tabung Khairat Kematian (Diberi Dalam Masa 24 Jam)
Elaun Harian Hospital
Pengecualian Caruman. Pihak Syarikat Takaful Ikhlas Akan Sambung Caruman Jika Peserta Mendapat Penyakit Kritikal


Keistimewaan lain yang bakal and perolehi dengan menabung di Takaful Ikhlas :


Kemudahan pengeluaran
Perlepasan Cukai pendapatan
Anda telah melakukan satu Amal Jariah
Muamalat Islam



Jadual Pelan Simpanan dengan Takaful Ikhlas


Sumbangan Bulanan
Tabung Kematian++
Tabung Hilanag Upaya Kekal++
Tabung Penyakit Kritikal
Tabung Kemalangan Kematian++
Khairat Kematian
Elaun Hospital Harian
Anggaran Simpanan Selepas 30 tahun
RM100
RM60,489
RM80,489
RM20,000
RM75,489
RM1,000
RM100
RM 56,000
RM200
RM130,000
RM160,000
RM30,000
RM160,000
RM1,500
RM120
RM114,000
RM300
RM191,661
RM241,661
RM50,000
RM241,661
RM2,000
RM200
RM170,000


++ Duit dalam tabung akaun peserta akan dikembali kan (PIA)
***Anggaran bagi peserta lelaki berumur 25 tahun, tempoh 30 tahun



Perbezaan menabung di Takaful Ikhlas dan Institusi Kewangan Lain




Anggaran
Simpanan Hari
Tua
Tabung
Kematian /
Hilang
Upaya
Tabung
Penyakit
Kritikal / Kemalangan
Khairat Kematian /
Elaun Hospital
Amal Jariah
ASB
29,000
Tiada
Tiada
Tiada
Tiada
BANK
29,000
Tiada
Tiada
Tiada
Tiada
TAKAFUL
29,000
Ada
Ada
Ada
Ada











Surah al-Baqarah Ayat 180

"Diwajibkan atas kamu, apabila seorang dari kamu hampir mati, hendaklah membuat wasiat untuk ibubapa dan kaum keluarga sebagai satu kewajipan atas orang-orang bertaqwa"

Untuk Keterangan Lanjut Sila Hubungi :-

MAD ROSLI BIN HUSSAIN
019-9618864


PELAN PENDIDIKAN TAKAFUL IKHLAS (Ikhlas Education Takaful)


SUDAHKAH ANDA MERANCANG UNTUK PENDIDIKAN ANAK ANDA?

BOLEHKAH ANDA MEMBIAYAI KOS INI SEKARANG?

BAGAIMANA DENGAN 18 TAHUN YANG AKAN DATANG?
SERTAILAH PELAN PENDIDIKAN TAKAFUL IKHLAS

DENGAN SIMPANAN RM3.33 SEHARI ATAU RM100 SEBULAN DI TAKAFUL IKHLAS, TUAN TELAH MENYEDIAKAN TABUNG PENDIDIKAN SEBANYAK RM33,400.

Untuk Anak :

1. Tabung Universiti : RM32,900
2. Tabung Kematian : RM90,904 + simpanan terkumpul dalam akaun peserta
3. Tabung Lumpuh Kekal : RM120,904 + simpanan terkumpul dalam akaun peserta
4. Tabung 40 Penyakit Kritikal : RM30,000
5. Tabung Kemalangan : RM90,904 + simpanan terkumpul dalam akaun peserta
6. Elaun Hospital : RM60 sehari
7. Khairat Kematian : RM1,000

Untuk Ibu/Bapa/Pencarum :

8. Manfaat Waiver iaitu pihak syarikat Takaful Ikhlas akan sambung simpanan jika
Ibu/Bapa/Pencarum meninggal / lumpuh kekal & menyeluruh atau mendapat penyakit kritikal.
9. Pengecualian Cukai Pendapatan sehingga RM3,000.
10. Anda telah membuat Amal Jariah.

**Illustrasi ini untuk Ibu umur 25 tahun dan anak berumur 1 tahun.
Tempoh 22 tahun.


BERMINAT???

Jika Berminat Sila Hubungi

MAD ROSLI BIN HUSSAIN
019-9618864