Thursday, August 26, 2010

IKHLAS Lifestyle Takaful

Pengenalan

Dugaan getir dalam kehidupan sering menggugat kesejahteraan hidup seseorang. Ini telah mendorong Takaful IKHLAS untuk mencipta satu pelan yang berupaya untuk meringankan sedikit bebanan penderitaan dan pengalaman pahit akibat daripada dugaan getir kehidupan.

IKHLAS LIFESTYLE TAKAFUL merupakan pelan perlindungan tahap perseorangan yang menyertakan keuntungan untuk diagihkan semula kepada para peserta. Pelan ini direka untuk memberi perlindungan ke atas kematian dan kehilangan upaya kekal dan menyeluruh peserta sebelum tempoh matang sijil. Tempoh Sijil adalah dari 5 hingga 42 tahun dan sumbangan perlu dibuat sehingga tempoh matang sijil. Pelan ini direka khusus untuk memberi jaminan perlindungan kepada anda dan yang tersayang di kala menghadapi saat-saat ketidaktentuan dan kegetiran kehidupan. Manfaat tempoh matang merupakan jumlah sumbangan terkumpul (bersih daripada sebarangan caj) di dalam Akaun Pelaburan Peribadi (PIA).

Apakah yang dilindungi oleh IKHLAS Lifestyle?

Manfaat Kematian dan Kehilangan Upaya Menyeluruh - Sekiranya berlaku kematian atau kehilangan upaya kekal dan menyeluruh, terhadap peserta (mana-mana yang terdahulu) di dalam tempoh sijil, Jumlah Perlindungan (SC) berserta dengan jumlah yang terkumpul di dalam Akaun Pelaburan Peribadi (PIA) akan dibayar kepada waris peserta atau keluarga terdekatnya. Sekiranya berlaku kematian kepada peserta, manfaat perbelanjaan pengkebumian akan dibayar kepada waris peserta sebanyak 10% dari Jumlah Perlindungan Sijil, tertakluk kepada jumlah maksima sebanyak RM10,000.00.

Nota : Sekiranya berlaku Kehilangan Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD), manfaat sijil akan dibayar kepada peserta.

Mengapa IKHLAS Lifestyle?

Gaya Hidup Sihat
Peserta berhak untuk membuat pemeriksaan perubatan percuma pada setiap akhir tahun ke lima (5) sijil, tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak tiga (3) kali pemeriksaan sepanjang tempoh sijil. Takaful IKHLAS akan menentukan bentuk pemeriksaan perubatan yang berhak diterima oleh peserta bersesuaian dengan keperluannya. Untuk keputusan yang positif bagi setiap pemeriksaan perubatan, peserta akan menerima jumlah perlindungan tambahan percuma sebanyak RM1,000 untuk setiap RM10,000 Jumlah Perlindungan asal. Walaubagaimana pun, sekiranya keputusan pemeriksaan adalah negatif, tiada perlindungan tambahan akan diberi.

Pengeluaran Wang Tunai
Pengeluaran boleh dilakukan daripada Akaun Pelaburan Peribadi (PIA) setelah sijil berkuatkuasa untuk tempoh minimum selama lima (5) tahun. Hanya tiga (3) pengeluaran sahaja dibenarkan dibuat sepanjang tempoh sijil, dengan jarak minimum di antara pengeluaran ialah dua (2) tahun. Yuran pengeluaran sebanyak RM15.00 akan dikenakan ke atas Akaun Pelaburan Peribadi (PIA) bagi setiap pengeluaran.

Penambahan Kadar Sumbangan
Sumbangan tambahan boleh dibuat pada hari pertama sijil berkuatkuasa. Jumlah penambahan minimum adalah sebanyak RM50.00 di mana jumlah ini akan dimasukkan sepenuhnya ke dalam Akaun Pelaburan Peribadi (PIA) peserta.

Syarat-syarat:-
Dalam Keadaan Kehilangan Upaya Kekal dan Menyeluruh terhadap peserta, manfaat yang dibayar adalah tertakluk kepada tempoh terhad selama 6 bulan, dengan syarat :-

i)
Tuntutan Kehilangan Upaya Kekal dan Menyeluruh telah disahkan
ii)
Kehilangan Upaya Kekal dan Menyeluruh adalah berdasarkan kepada definisi "sebarang pekerjaan"
iii)
Tiada tunggakan sumbangan

SYARAT DAN UMUR PENYERTAAN

Umur : 18 -55 tahun (umur pada hari jadi berikutnya, lelaki/perempuan)
Jumlah Had Perlindungan : Minimun - RM50,000 Jumlah Perlindungan
Maksimum - Tertakluk kepada keputusan penguderaitan (dalam gandaan RM10,000)
Tempoh Tamat Umur Penyertaan Bila mencapai umur 60 tahun

Lindungi Masa Depan Anda Sambil Menikmati Pulangan Lebih Baik:
Model IKHLAS kami membenarkan bahagian yang lebih besar daripada akaun peserta digunakan untuk tujuan pelaburan di mana ini membolehkan peserta menerima kadar pulangan yang lebih optima. Ia juga membenarkan peruntukan pendapatan pelaburan dan lebihan yang lebih kerap kepada akaun pelaburan. Pelaburan semula pendapatan pelaburan dan lebihan ini sesegera mungkin, menjadikan jumlah perolehan pulangan keseluruhan adalah lebih baik.

Untuk Keterangan Lanjut Sila Hubungi :-

MAD ROSLI BIN HUSSAIN
019-9618864

No comments:

Post a Comment